Monday, December 2, 2013



Assalamualaikum w.b.t ....presenting,

Our new shop logo!!!!!

Layari fanpage kami di:

https://www.facebook.com/MadameShamila85

Pelbagai produk lain turut di jual.....



> klip tudung awning 17 klip
> cadar 3D yang sangat gorgeous!!!
> produk2 SHAKLEE yang best lagi berkhasiat!
> Inai servis------> Henna Doodling :)

Jangan lupa untuk 
 ok?????!!!

Terima kasih...!


Saturday, February 2, 2013

Pantang yang Dilarang :)

Percaya atau tidak terpulanglah kepada anda. Namun setiap pantang larang orang dulu-dulu pastinya ada hikmah dan kebenarannya. Mari kita lihat senarai 43 Pantang Larang Bakal Pengantin
  1. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
  2. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
  3. Elakkan minum air berkarbonat kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
  4. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.
  5. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
  6. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
  7. Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan ada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
  8. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
  9. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
  10. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
  11. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
  12. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
  13. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
  14. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
  15. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
  16. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
  17. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
  18. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
  19. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
  20. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
  21. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
  22. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
  23. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.
  24. Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.
  25. Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
  26. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
  27. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
  28. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
  29. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai atau kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
  30. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
  31. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
  32. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
  33. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
  34. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
  35. elajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
  36. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
  37. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang lain.
  38. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.
  39. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
  40. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah mengalami gangguan emosi.
  41. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
  42. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
  43. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

credits to: http://rabiasensei.blogspot.com/2013/01/cikgu-anda-bersedia-menjadi-pengkarya.html

Friday, January 11, 2013

TIPS HEBAT UNTUK BERINAI!!!

Kepada Semua Pembaca yang mahukan inai anda lebih merah dan tahan lama, baca tips ni okey..!

How to make your henna easily apply to your skin and how to make the colour even more shinier, brighter and lovely ... here goes :


1. Make sure to drink a lot of water at least 2 weeks before applying inai. This is to keep the skin moist and easy to apply the henna.

2. Make sure to take a bath first before applying henna.

3. Get ready with a small water spray containing lime and sugar. After finish applying henna, every 5 mins or when the henna feels dry, spray the water to the henna. Repeat applying and spraying for maybe 5-6 hours. depends how long u can stand and stay still. :)
4. After 5-6 hours, scrape off the henna dan lumurkan a few drop of minyak cap kapak to the henna. Minyak cap kapak have this one ingredient that can make the henna's colour stays longer.

5. one more .... don't forget to have your nails manicure and pedicure first before you put-on the henna. it will make your henna even more shinier and lovely ... do not get manicure and pedicure after you apply the henna. it will spoil the henna's colour and texture ...








credit to:
http://hennaratusehari.blogspot.com/2009/10/tips-penting-dari-yang-pakar.html
http://sassyangel-say-i-do.blogspot.com/

Tips Hebat Kahwin!!


3 perkara yang anda perlu fikirkan sewaktu merancang perkahwinan adalah:


  1. Bajet anda. Jika tidak besar, anda perlu melakukan banyak survey atau tinjauan untuk mecari pelbagai jenis tawaran/bargain. Tidak kisahlah dari segi khidmat katering, mak andam, baju, rekaan pelamin dan sebagainya. Ramai yang mengambil inisiatif belajar sendiri atau mengupah saudara yang terdekat.
  2. Jumlah tetamu. Perlukah tetamu yang ramai? Lebih ramai tetamu, makin tinggi kosnya. Perlukah anda menjemput mereka yang tidak kenal? Jika anda mempunyai ramai tetamu yang perlu dijemput dan tidak boleh dielakkan, majlis resepsi buffet di rumah adalah yang terbaik.
  3. Jurugambar. Yang mana paling menarik? Tidak perlu mahal. Pergi sahaja di flickr atau fotopages dan cari mereka yang masih menuntut di universiti. Mereka ini menjadikan fotografi sebagai hobi dan tentunya tidak kisah mendapat upah yang sedikit untuk mengambil gambar majlis perkahwinan anda.




credit to: http://syokkahwin.com/blog/2010/07/21/tip-hebat-kahwin-12-berkahwin/

Thursday, January 10, 2013

PHOTO GALLERY









BILA DAH CUCI, JADI LAH WARNA NI......




LAGI DESIGN-DESIGN MENARIK.....













P/S: Kesemua model-model tangan adalah individu sebenar. Anda dibenarkan untuk meletakkan gambar-gambar ini dimana-mana blog asalkan tertulis kredit pada nama admin..... LAGI GAMBAR~~~ versi sesuai untuk Remaja/ Kanak-kanak....


















Admin/artis menggunakan 'Henna Paste' untuk menghasilkan lukisan yang anda lihat seperti gambar-gambar di atas. Ia agak kasar dan tahan lebih seminggu. Admin akan update gambar blog untuk inai guna 'Dayu Design' henna kit.... Tool yang diguna dijamin lebih berkualiti dar segi rupa design dan sesuai untuk mereka yang sangat pentingkan 'perfect touch' untuk hari bahagia....



Salam Ukhti.....

Assalamualaikum wbt, 

Saya mengambilkesempatan pembukaan blog personal milik saya dengan mengalu-alukan anda melihat koleksi lukisan inai ditangan & kaki Ratu Sehari semenjak 2012. Design adalah pilihan anda, dan kami juga ada menyediakan booklet untuk anda buat pilihan. 

PRODUK SEMASA:

LUKISAN INAI PENGANTIN/RATU SEHARI

PRODUK AKAN DATANG:

- SAMPUL BUKU RANCANGAN MENGAJAR GURU-GURU SEKOLAH
- INAI - HENNA PASTE
- PRODUK PELANGSINGAN BADAN
- TUPPERWARE

DAN BANYAK LAGI ATAS CADANGAN ANDA!!!

Terima kasih....

~~LOVE & HUGS,

Puan Shamila